Persatuan ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan anak – anak Pahang yang berada di Ibu Kota. Jumlah keahlian PEKAP kini telah pun mencecah seramai 3,471 orang. Keahlian ahli terbahagi kepada 2 iaitu, Ahli Seumur Hidup & Ahli Tahunan. Keahlian terbuka kepada warga Pahang yang bermastautin di Kuala Lumpur. PEKAP kini di pengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dato’ Sri Dr Abdul Aziz bin Abdul Rahman.