Assalamualaikum YBhg Tan Sri, YH Dato’ Sri, YBhg Datuk, YH Dato’, Tuan & Puan.
PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU RASMI PEKAP
Untuk makluman semua, Biro Kebudayaan dan Kesenian, Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang Di Ibu Kota (PEKAP) akan mengadakan Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi PEKAP. Pertandingan diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada Ahli PEKAP serta Anak -Anak Pahang Di Ibu Kota untuk mempunyai lagu hak cipta mereka sendiri melalui pertandingan ini dan memberi peluang kepada Biro Kebudayaan dan Kesenian untuk memilih Lagu PEKAP yang terbaik dicipta oleh peserta.
Tempoh penyertaan Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi PEKAP dibuka bermula 1 Oktober 2021 sehingga 1 November 2021 (Isnin Jam 4.00 petang). Pertandingan dibuka kepada Ahli-Ahli PEKAP dan Anak-Anak Pahang yang tinggal di Lembah Klang.
Borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan boleh diperolehi dengan memuat turun di pautan https://pekap.org.my/lagu.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:-
Dr Rozilan (Urusetia Pertandingan) : 0126443313
Sekian, Terima kasih.
B/P : PENGERUSI BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
SYARAT PENYERTAAN:
• Penyertaan adalah percuma.
• Penyertaan terbuka kepada ahli PEKAP atau anak Pahang yang tinggal di Lembah Klang yang layak menjadi Ahli PEKAP.
(Sila rujuk website PEKAP di https://pekap.org.my/lagu untuk mendapat maklumat berkenaan
dengan keahlian).
• Berumur 18 tahun keatas.
• Lagu hendaklah ciptaan sendiri.
o Iringan sekurang-kurang nya sebuah alat muzik.
o Lagu yang dicipta hendaklah untuk dinyanyikan, bukan sekadar didengari.
• Penyertaan terhad kepada 1 buah lagu bagi setiap peserta dan dihadkan sebanyak 20 ciptaan lagu yang terawal.
• Penyertaan penciptaan lagu ini didefinasikan sebagai “lagu dan lirik”.
• Tempoh / durasi lagu tidak melebihi 4 minit.
• Konsep irama / rentak adalah bebas.
• Lirik dan tema lagu hendaklah melambangkan semangat berpesatuan,kebajikan, kenegerian selari dengan matlamat penubuhan PEKAP
serta tidak menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan politik.
• Penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi dan lirik.
• Semua lagu-lagu yang dimenangi akan menjadi hakcipta dan hak milik PEKAP.
• Semua penyertaan / demo lagu /rakaman lagu serta salinan lirik yang lengkap perlu dihantar kepada link: https://pekap.org.my/lagu
atau kepada Urusetia Pertandingan di alamat: No. 7-3, Tingkat 2, 8 Setiawangsa, Jalan Setiawangsa 13, Taman Setiawangsa 54200
Kuala Lumpur, selewat-lewat nya pada 1 November 2021 jam 4.00 petang.
• Keputusan akan dimaklumkan melalui surat/telefon/media masa dan semua keputusan juri adalah muktamad .
Hadiah:
❖ Hadiah Pertama RM 2000
❖ Hadiah Kedua RM 1500
❖ Hadiah Ketiga RM 1000
❖ Saguhati (x3) RM 500 x 3
Muat Turun PDF: Syarat-Pertandingan
————————————————————————————————————
Borang Pertandingan:
Pertandingan telah tamat.